Infaq Al Quran bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia ini. Mesti anda semua pun perasan banyak iklan-iklan di media sosial yang mengajak kita untuk berinfaq Al Quran. Tak kira lah dari pada individu atau organisasi-organisasi tertentu. Oleh itu, harini kita nak bincang kenapa kita perlu infaq al quran, apa kepentingan infaq al quran dan dimana kita boleh berinfaq.
Infaq Al Quran
Infaq dan sedekah lebih kurang sama maksudnya. Infaq menurut Al-Jurjani bererti membelanjakan harta kepada yang berhajat. (Rujuk al-Ta’rifat – 1/39).
Dalam Surah al-Baqarah, ayat 3, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infak apa yang kami rezekikan kepada mereka.”
Perkataan ‘yunfiquun’ dalam ayat itu menurut pilihan Imam al-Tabari merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. (Rujuk Jami’ al-Bayan – 1/244)
Sedekah dan infaq itu adalah sinonim maksudnya.
Kenapa Al Quran, bukan duit?
Ramai orang ingat kita hanya memerlukan duit. Sebab itulah bila kita sebut sahaja pasal sedekah atau infaq, automatik kita akan ingat ‘beri duit kita pada yang memerlukan’.
Tapi.. tahukah anda yang ramai antara kita yang memerlukan Al Quran?
Untuk pengetahuan anda, bila anda sedekah duit anda pada institusi tertentu, mereka akan gunakan duit-duit tersebut untuk membeli barangan keperluan untuk diagihkan pada yang memerlukan seperti anak yatim, fakir miskin, asnaf dan lain-lain.
Akan tetapi, kebanyakan keperluan itu memfokuskan pada keperluan asas sahaja seperti makanan dan pakaian. Ini kerana hasil sedekah yang dikumpulkan tidak cukup untuk cover semua keperluan yang ada. Kerana terlalu banyak golongan yang ingin dibantu.
Kerana harga senaskah Al-Quran pula agak mahal, banyak institusi lebih memfokuskan pada keperluan asas terlebih dahulu.
Kemudian, sejak itulah permintaan untuk infaq al quran ini mula meningkat kerana ramai yang memerlukan Al-Quran.
Siapa yang memerlukan Al-Quran?
Jangan pelik, kalau anda dah lama tinggal atau jarang baca Al-Quran. Ini kerana setiap hari, permintaan untuk dapatkan Al-Quran sangat-sangat tinggi. Ketika kita tinggalkan Al-Quran ramai yang sangat memerlukannya.
Antara yang memerlukan Alquran ketika ini adalah pondok-pondok tahfiz yang Alquran mereka sudah uzur, rosak disebabkan banjir (kebanyakan di pantai timur), Muallaf yang baru memeluk Agama Islam , golongan fakir miskin, asnaf dan lain-lain lagi.
Menurut Yayasan Ade Azhar, institusi yang sudah lebih 10 tahun menjadi pemegang amanah untuk program-program infaq al quran, setiap bulan mereka menerima surat dari banyak pihak yang memerlukan Al-Quran. Disebabkan terlalu banyak, mereka terpaksa semak dengan teliti dan pilih mereka yang layak sahaja.
Sejak Januari 2024 hingga September 2024, jumlah Al-Quran yang telah mereka agihkan melebih 41,000+ naskah. Dan sehingga kini, masih banyak surat yang diterima dan menunggu infaq Al-quran. Kebanyakannya dari pondok-pondok tahfiz di Seluruh Malaysia dan sempadan Malaysia di Pattani, Thailand.
Kenapa Perlu Infaq Al Quran?
Pertama sekali, apa sahaja yang berkaitan infaq sudah tentu melibatkan amalan kita dunia untuk menuju ke akhirat. Apa sahaja yang kita sedekah atau infaqkan di dunia ini menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Bayangkan dengan menginfaqkan Alquran pada mereka yang betul-betul menggunakannya, seperti pelajar tahfiz, pelajar agama di pondok-pondok, sudah tentu Al-Quran tersebut digunakan setiap hari dalam pembelajaran mereka dan ilmu itu dibawa sehingga akhir hayat mereka.
Bagi kita pula sebagai penginfaq, inshaaAllah saham akhirat kita guna bersama-sama mereka jika kita betul-betul ikhlas dalam apa yang kita berikan.
Untuk mereka yang Quran sudah uzur atau rosak disebabkan banjir, mereka memang memerlukan Alquran segera.
Menurut Yayasan Ade Azhar, permintaan yang sangat tinggi ini juga kerana sekolah tahfiz, pondok sekarang juga telah menuju kemodenan. Al-Quran yang diinfaqkan bukan Al-Quran biasa. Al-Quran Premium 35 Dalam 1 Ade Azhar ini memang khusus untuk para pelajar Tahfiz, pelajar yang menuntut dalam bidang agama.
Al-Quran Premium ini mengandungi ciri-ciri khas yang membantu para pelajar untuk mudah menghafaz dan memahami isi Al-quran.
Di mana boleh Infaq atau wakaf Al Quran?
Ada banyak agensi, NGO yang menguruskan infaq atau wakaf Al Quran ini. Tetapi nasihat kami berinfaqlah dengan mereka yang dah berpengalaman dan disahkan oleh Jakim.
Yayasan Ade Azhar merupakan pemegang amanah yang dah uruskan Wakaf Al Quran sejak 10 tahun lalu. Proses mereka lebih telus dan terbukti sampai pada penerima infaq dengan pantas dan orang yang tepat.
Ini kerana mereka tidak buka peluang infaq jika tiada permintaan dari institusi, badan, sekolah atau pondok-pondok tahfiz. Peluang hanya dibuka bila diperlukan sahaja.
Paling penting, stok Al-Quran sedia ada. Bukan terima duit baru beli Al-Quran. Ini kerana mereka merupakan antara pengeluar Al-Quran premium terbesar di Malaysia ketika ini melalui Ade Azhar Trading.
Jika anda kenal Ade Azhar banyak menerbitkan buku-buku agama seperti Buku Sirah Teragung Muhammad, Tafsir Ibu Katsir, Al-Quran Perkata 20 dalam 1, Al-Quran Perkata 35 Dalam 1 dan banyak lagi.
Oleh kerana infaq ini diuruskan oleh Yayasan. Maka setiap infaq diaudit dan sangat telus. Anda dah tak perlu risau lagi infaq anda itu sampai ke tak pada para penginfaq.
Paling best lagi, anda juga boleh sertai mereka untuk sama-sama sampaikan pada para penginfaq. Mereka sangat mengalu-alukan sukarelawan yang nak sama-sama agihkan infaq tersebut.
Untuk info lanjut anda boleh terus ke laman web mereka — Infaq Al Quran
Adakah Infaq Al Quran dan Wakaf Al Quran Sesuatu yang sama?
Jika dinilai dari segi bahasa, infaq dan sedekah membawa maksud yang sama. Wakaf pula bermaksud harta yang ditahan. Atau dari sudut bahasa, seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.
Pihak Yayasan Ade Azhar lebih selesa guna terma infaq kerana alquran tersebut di serahkan terus pada individu dan menjadi milik penerima infaq itu dan dia boleh gunakan sehingga akhir hayat.
Jika wakaf, biasanya kita letakkan di sesuatu tempat dan sesiapa sahaja boleh gunakan Al-quran tersebut.
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama berinfaq. Tak kiralah infaq apa sekalipun, yang penting bermanfaat untuk ummat yang lain.
Jangan lupa, dengan berinfaq tak buat kita jadi susah malah lebih senang menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah Rahsia murah rezeki sebenar yang di amalkan oleh jutawan-jutawan. Mereka berlumba-lumba berinfaq atas barangan yang manfaatnya berpanjangan. Wakaf tanah, dirikan masjid dan salah satunya lagi adalah mereka infaq al-quran.
Semoga apa sahaja yang kita buat kerana Allah, diterima baik di sisi-Nya. Aamin Yarabbal Alamin.