...
HomeBLOGTips mudah untuk meningkatkan kuasa minda

Tips mudah untuk meningkatkan kuasa minda

Cari di Google “improve brain power” dan anda akan jumpa pelbagai tip, teknik, buku, dan permainan menunjukkan bagaimana anda boleh meningkatkan kuasa minda anda. Kebanyakkannya melibatkan senaman fizikal, nutrisi seimbang dan senaman mental yang kompleks.
Sungguh seronok jika semua orang mengamalkan tip-tip ini, amat meragui jika selepas membaca nasihat seperti ini anda akan mula berjoging selama sejam setiap pagi dan tukar diet anda dengan menggabungkan lebih fiber dan asid lemak omega-3. Beberapa orang tidak buat seperti ini walaupun mereka mempunyai risiko menghadapi sakit jantung!

Adakah cara yang lebih mudah untuk memberi rangsangan kepada fungsi otak? Ada!

  • Tukar posisi tetikus anda.
    Ya, ianya semudah begitu.
    Dengan menukar posisi tetikus anda (bagi tangan kanan, tukarkan kekiri manakala yang kidal tukar ke bahagian kanan) anda akan paksa menggunakan tangan bukan dominan. Ini akan merangsang hubungan neural antara kanan dan kiri hemisfera dalam otak. Kajian saintifik mengesahkan, manusia yang menggunakan kedua-dua tangan, samarata, mempunyai 10% lebih saraf fiber yang bercantum kedua belah otak,kiri dan kanan.
    Anda mungkin ingin lakukan sebanyak aktiviti yang mungkin dengan tangan bukan dominan, tetapi ianya seperti menyusahkan. Saya telah cuba memberus gigi menggunakan tangan kiri untuk tiga hari atau lebih, apa yang saya dapat adalah tartar di gigi menjadi semakin bertambah.
    Menggunakan tetikus pada tangan yang sebaliknya adalah sesuatu yang mudah untuk diamalkan dalam seharian. Pada dua hari yang pertama akan terasa pelik, dan anda mungkin perlu tukar semula apabila perlu melakukan kerja yang memerlukan penggunaan tetikus yang kerap. Selepas fasa meng-adaptasi aktiviti ini, anda dapat menggunakan komputer dengan mudah menggunakan kedua belah tangan.

  • Paksa diri anda untuk ingat
    Kadang kala anda mahu mengingati nama sesuatu lagu atau nama kawan lama yang terlintas difikiran. Ianya ada, dihujung lidah anda, tetapi anda tidak ingat. Apa yang anda lakukan bila berlaku seperti ini? Mungkin bertanya kawan yang hampir, dan apabila anda ingat anda berkata ‘Oh yela! Itu la dia.’
    Lain kali perkara ini berlaku, anda paksa diri anda untuk ingat. Otak boleh dirangsang seperti otot dan lebih banyak anda lakukan, otak anda akan jadi lebih kuat. Ini boleh dipanggil senaman otak.
    Jangan hadkan diri anda untuk mengingat. Adakah anda panggil ibu anda untuk mendapatkan nombor telefon pak cik anda? Lupakan kertas dan pen – anda boleh ingat. Cuba lihat keypad telefon, cuba mencipta gambaran apakah urutan nombornya.
  • Main permainan yang melibatkan berfikir
    Anda tidak perlu menyertai dalam Olimpik Matematik untuk meregangkan kemampuan minda anda. Tidak, permainan dan aktiviti yang mudah seperti sudoku atau silangkata sudah memadai untuk memberi impak ketara pada prestasi otak anda.
    Kebiasaan amat penting disini, cuba untuk menggabungkan permainan ini atau senaman dalam rutin anda. Anda boleh membawa buku silangkata atau telefon pintar yang mempunyai permainan ini setiap hari.
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments