Orang utara terutamanya dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak kalau bercerita pasal nasi kandar memang agak cerewet. Masing-masing ada rasa yang unik. Nasi kandar penang, lain rasanya. Nasi kandar kedah pula ada caranya tersendiri. Walaubagaimanapun nasi kandar dari utara seperti Nasi Kalut Jitra Mai ini berkongsi keunikan dan citarasa tersendiri yang tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata.
Jika 10 tahun lepas ketika saya mula-mula menjejakkan kaki di ibu kota Kuala lumpur dan Selangor ini, memang susah sangat nak cari nasi kandar yang betul-betul sedap ( yang betul-betul kena dengan tekak). Kedai-kedai mamak yang ada kebanyakkannya bagi kami macam Nasi Campur dari India sahaja. Mungkin sebab pekerja-pekerjanya juga diimport atau pendatang asing dari India, jadi mempengaruhi makanan yang di masak. Lama kelamaan dapat juga saya sesuaikan diri.
Akhirnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat banyak franchais nasi kandar dari utara terutamanya dari negeri Kedah membuka cawangan mereka disini. Antaranya yang popular seperti Nasi Royale Kedah, Nasi Lan Kedah dan yang paling popular sekarang ini iaitu Nasi Kalut Jitra Mai.
Nasi Kalut Jitra Mai – Nasi Kandar Melayu Yang Wajib Anda Cuba!
Kalau anda peminat nasi kandar dari utara, saya sangat recommend anda untuk cuba nasi kalut ini. Menunya lebih kurang sahaja dengan nasi kandar original yang biasa anda jumpa di penang atau kedah, ayam, sotong, daging hitam, bendi, kuah campur dan lain-lain lagi. Tapi saya recommend anda cuma ayam goreng. Ayam goreng nasi kalut ini memang istimewa. Lain dari yang lain. Garing, rangup dan sedap. Ditambah pula dengan kuah campur, fuhh memang terangkat beb!
Dia punya ayam memang tak boleh lawan la. Sedap gila! — Zakwan, Ampang
Orang utara terutamanya dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak kalau bercerita pasal nasi kandar memang agak cerewet. Masing-masing ada rasa yang unik. Nasi kandar penang, lain rasanya. Nasi kandar kedah pula ada caranya tersendiri. Walaubagaimanapun nasi kandar dari utara seperti Nasi Kalut Jitra Mai ini berkongsi keunikan dan citarasa tersendiri yang tak dapat nak diceritakan dengan kata-kata.
Jika 10 tahun lepas ketika saya mula-mula menjejakkan kaki di ibu kota Kuala lumpur dan Selangor ini, memang susah sangat nak cari nasi kandar yang betul-betul sedap ( yang betul-betul kena dengan tekak). Kedai-kedai mamak yang ada kebanyakkannya bagi kami macam Nasi Campur dari India sahaja. Mungkin sebab pekerja-pekerjanya juga diimport atau pendatang asing dari India, jadi mempengaruhi makanan yang di masak. Lama kelamaan dapat juga saya sesuaikan diri.
Lokasi Nasi Kalut Jitra Mai
Nasi kalut Jitra Mai buat masa sekarang ada 3 lokasi utama iaitu di Shah Alam Seksyen 7, Ampang dan juga Jalan Doraisamy.
Masa beroperasi : 11.30am – 6.30pm
Buka setiap hari kecuali JUMAAT cutiSeksyen 7,Shah Alam – 0103505850
Jalan Ampang – 01131132313
Jalan Doraisamy – 01127657588Anda boleh klik link ini untuk mendapatkan lokasi terus dari google maps. KLIK SINI
BONUS : TIPS MAKAN NASI KANDAR YANG BETUL DAN SEDAP
Tips ini memang kaki nasi kandar selalu praktik untuk mendapatkan rasa rempah dan kuah campur yang sedap. Sebab asalnya nasi kandar ini pun berasal dari ‘kandar’ . Iaitu nasi yang dimasak di rumah, kemudian di kandar ke rumah-rumah. Nasi itu dicampurkan kuah dan dibungkus. Jadi, sehingga sekarang penyediaan kuahnya itu mengikut resipi lama. Jadi mitos oleh kaki-kaki nasi kandar semalaysia mengatakan nasi kandar yang sedap perlu mengikut langkah-langkah di bawah ini sebelum anda makan.
- Ini nasi dan telur rebus
2. Ini pula ayam goreng
3. Letakkan ayam goreng,telur rebus, nasi dan kuah campur di dalam bungkusan.
4. Bungkus ‘mereka itu’ ketat-ketat dan biarkan mereka bergaul sesama mereka selama 10 minit.
5. Nasi Kandar (Nasi kalut jitra mai) anda sudah siap sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera!