...
HomeBisnesNiaga dropship LEBIH UNTUNG dari pemilik produk. Pelik tapi benar

Niaga dropship LEBIH UNTUNG dari pemilik produk. Pelik tapi benar

Mula niaga dropship sekarang!

Berniaga bukan sesuatu yang pelik di zaman ini. Tidak kiralah berniaga produk sendiri atau memasarkan produk orang seperti menjadi ejen,pengedar atau dropship, ia adalah lebih mudah dari anda berniaga secara tradisional ketika zaman 90-an dahulu.Kalau dahulu, habis sahaja belajar, masing-masing akan berlumba-lumba mencari pekerjaan. Berbeza dengan sekarang, orang muda lebih memilih untuk berniaga. Pelbagai alasan yang boleh kita bincang, akan tetapi apa yang pasti berniaga di zaman ini berbeza dari zaman ibu bapa kita dahulu. Lebih mudah, lebih kurang risikonya.

Sejak dunia digital diperkenalkan, perniagaan menjadi lebih mudah. Bagi mereka yang sudah mempunyai perniagaan, dunia digital ini menjadikan perniagaan mereka lebih besar dan boleh dikatakan tanpa sempadan. Jika sebelum ini produk mereka hanya dapat didapati di kedai atau lokasi tertentu sahaja oleh orang di kawasan mereka, akan tetapi dengan mendigitalkan perniagaan mereka, produk mereka dapat di beli oleh orang-orang di seluruh dunia.

Untuk baru ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan juga sudah tidak susah seperti dahulu. Jika dahulu, bila kita sebut sahaja pasal berniaga, apa yang akan kita fikir adalah kedai, lokasi, gerai atau tempat untuk berniaga. Kini perniagaan boleh diuruskan di mana-mana sahaja. Walhal, jika anda tidak mampu dan ingin bermula berniaga di rumah juga sudah tidak menjadi masalah. Hanya perlukan platform berniaga secara online seperti website, media sosial dan lain-lain web ecommerce sama ada yang percuma atau berbayar.

Sebab itulah jika kita lihat trend sekarang, peniagaan-perniagaan yang cepat berkembang dan berjaya adalah dari golongan orang muda. Ini mungkin kerana mereka ketika lebih terdedah dengan teknologi, jadi mereka lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan atau trend berniaga masa kini.

Kalau hendak dibincangkan berkenaan kos / modal berniaga secara online ini, ia mungkin akan jadi perbahasan yang agak panjang. Ini kerana ia bergantung kepada keperluan sesuatu perniagaan itu sendiri. Contohnya, jika anda ada produk yang anda hasilkan sendiri tidak kiralah makanan, produk kraftangan , kosmetik atau apa sahaja produk milik anda, anda mungkin memerlukan kos-kos seperti pembinaan laman web niaga dan kos pemasaran untuk iklankan produk anda di media sosial dengan facebook, tiktok, instagram, google dan lain-lain lagi untuk memperkenalkan jenama anda pada orang ramai. Akan tetapi jika anda tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh berniaga produk-produk orang lain dengan menjadi agen, pengedar mereka. Jika modal menjadi masalah besar untuk anda, berniaga secara dropship merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Ini kerana perniagaan dropship ketika ini lebih menguntung daripada anda terkejar-kejar untuk jadi pemilik produk itu sendiri. Kenapa? Jom kita bincangkan dengan lebih lanjut lagi.

Dropship
Berniaga dropship ini bahasa mudahnya adalah anda berniaga produk orang lain atau sesebuah syarikat tanpa anda perlu menyimpan barang, tanpa perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan stok, dan tidak perlu buat penghantaran kepada pelanggan anda. Ia seolah-olah anda adalah orang tengah yang memasarkan produk syarikat itu. Hanya bermodalkan telefon bimbit anda dan internet, anda sudah boleh berniaga dan menjana pendapatan lumayan.

Tambahan ketika era pandemik covid-19 ini, ramai yang terkesan dengan diberhentikan kerja atau diturunkan gaji, berniaga seperti ini sangat sesuai dan sangat membantu menambah ekonomi keluarga.

Jika anda ada idea yang begitu hebat sekalipun ketika era pandemik ini, ia mungkin sukar untuk direalisasikan. Ini kerana ketika mana orang ramai terkesan dengan perkerjaan yang semakin terancam dan kuasa beli yang semakin kurang ini, ia sangat berisiko untuk anda memulakan perniagaan sendiri. Modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan produk, kos iklan dan kos-kos lain yang terlibat belum tentu anda akan dapat pulangan dalam masa yang singkat.

Akan tetapi, jika peluang ini anda ambil dengan memasarkan produk orang lain, ia sudah tentu lebih baik. Ini kerana anda bukan sahaja membantu syarikat yang sudah megeluarkan belanja besar untuk pemasaran dan lain-lain ketika ekonomi tak menentu ketika ini, malah peluang ini baik untuk anda mengembangkan ‘database’ pelanggan anda. Anda mungkin boleh memilih produk-produk yang sesuai dengan produk yang anda akan hasilkan nanti. Jadi senarai pelanggan sedia ada yang anda kumpul ketika ini boleh digunakan di masa hadapan. Bijak bukan? Sudahlah tidak mengeluarkan modal besar untuk berniaga dan iklankan produk, malah boleh belajar dan pasang strategi dari pengalaman anda bersama syarikat yang anda jadi ejen itu.

Kenapa dropship lebih untung dari owner produk?
Bagi mereka yang belum pernah menjadi owner produk, anda mungkin tidak faham dengan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk membuatkan jenama anda dikenali ramai. Bukan mudah untuk buatkan orang ramai percaya dan membeli produk anda. Ia memerlukan proses penjenamaan yang panjang dan memerlukan modal yang besar.

Ramai juga yang tidak faham dan iri hati dengan pemilik produk. Kononya, jika anda dropship barang mereka dan berniaga bersungguh-sungguh, sudah tentu pemilik produk semakin untung kerana anda menjual barangan meraka. Logik dan pendapat anda itu tidak salah sama sekali.

Akan tetapi, cuba anda bayangkan. Jika anda membuat kajian 10 produk terbaik yang mendapat permintaan ramai dari 10 syarikat berbeza. Dan jika produk untuk diniagakan itu sudah ada ‘demand tinggi’ ini bermakna produk tersebut sudah melalui proses pemasaran dengan modal yang besar menyebabkan produk tersebut dikenali ramai. Kemudian, tugas anda cuma menyampaikan kepada pelanggan, atau bahasa mudahnya “orang yang mencari produk tersebut membelinya dari anda kerana anda ejen sah mereka”. Tidakkah ia lebih menguntungkan dari menjadi pemilik produk?. Mungkin dari 10 produk yang anda niagakan itu hanya 7 sahaja yang mendapat permintaan tinggi, anda masih tidak rugi apa-apa. Ini kerana 3 produk yang tidak laku itu bukan anda yang bersusah payah mengeluarkan kos iklan dan pemasarannya. Faham bukan? Bayangkanlah produk yang anda niaga itu bukan 10, tetapi 100 jenis produk. Dan setiap pemilik produk berkerja keras memasarkan produk mereka. Anda hanya buat iklan dan mereka membeli melalui anda. Sudah pasti andalah yang lebih untuk dari mereka bukan?

Persoalannya, dimanakah nak cari peluang untuk dropship?
Ini persoalan sebenarnya. Ramai yang tahu bahawa perniagaan secara dropship itu menguntungkan, tetapi nak mencari produk untuk didropship itu yang susah.

Mudah sahaja, anda hanya perlu rajin melihat di media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan lain-lain lagi. Setiap hari pasti ada iklan ‘sponsored’ yang dipaparkan untuk anda. Iklan-iklan tersebut anda teliti di bahagian komen, jika respond untuk membelinya itu banyak, mungkin produk itu ada demand tinggi. Jadi anda terus pm atau hubungi syarikat tersebut untuk berniaga secara dropship. Kemudian, berniagalah dan pasarkan produk tersebut pada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai di media sosial.

Jika anda rasa itu mungkin susah kerana anda tidak pandai mencari produk-produk yang ada demand tinggi, anda mungkin boleh melihat di lubuk dropship terbaik di Malaysia iaitu : Dropship-malaysia.com . Disana anda boleh mendaftar dengan pelbagai syarikat yang menawarkan produk-produk untuk diniagakan. Anda hanya perlu mendaftar secara PERCUMA dan mula berniaga. Lebih 100 produk-produk terbaik untuk anda niagakan di sana.

Kesimpulannya, setiap susah itu ada senangnya. Ia bergantung pada bagaimana cara anda melihatnya dan mengolahnya. Sesuatu peluang itu akan jadi baik jika diuruskan dengan baik. Jadi, jangan jadikan apa sahaja alasan untuk diri anda, buatlah yang terbaik untuk diri anda. Tiada siapa dapat membantu kita, kecuali diri kita sendiri. Selamat berjaya!

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments