...
HomeBLOG4 CARA PEREMPUAN MENCABAR NAFSU LELAKI TANPA DISEDARI

4 CARA PEREMPUAN MENCABAR NAFSU LELAKI TANPA DISEDARI

Tidak dinafikan zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dan juga telah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.

Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.

Dan tanpa wanita sedari ramai telah cuba mencabar nafsu lelaki?

  1. Tunduk

Tunduk pun salah?
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila wanita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai.( dalam erti lain menonggeng ). Nah, tanpa disedari kaum wanita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?
Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

  1. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
    Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian. Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi wanita mungkin biasa, bagi mereka ( lelaki ) ini sangat seksi dan menggoda.
  2. Lenggok Badan
    Tahukah Anda, cara wanita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar? See?
  3. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman

Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Anda boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin ramai wanita seluruh dunia mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan waniata seluruh dunia mahu biarkan ia terus berleluasa?

Wahai wanita seluruh dunia jadi ini sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Selamat beramal……

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments