...
HomeBLOGHaruman merangsang jejaka

Haruman merangsang jejaka

Minyak wangi mampu menerbit aura yang berbeza!

ANDA tahu bau kegemaran anda, tetapi mungkin kurang arif asal usul minyak wangi yang menjadi pelengkap kepada penampilan. Tahukah anda ekstrak tumbuhan sebenarnya adalah antara bahan yang terpenting dalam penghasilan minyak wangi sejak beribu tahun dulu?

Antaranya, sumber yang banyak digunakan adalah tumbuh-tumbuhan seperti kulit kayu, bunga-bungaan, buah-buahan, daun, biji dan kayu hutan.

Minyak wangi yang dipakai juga acap kali dikaitkan dengan personaliti sama ada lelaki atau wanita. Sebagai contoh bau yang berunsurkan kayu mencerminkan individu menggemari sesuatu yang lasak dan berdikari berbeza pula dengan wangian dari rangkaian Citrus menampilkan si pemakai yang lebih aktif dan segar.

Wangian yang disembur pada tubuh juga sebenarnya terbahagi kepada beberapa kategori yang terbahagi kepada haruman lembut, romantik, seksi, aktif, segar dan elegan bergantung kepada minat serta keserasian empunya diri.

Pemilihan minyak wangi yang bersesuaian juga dikatakan mampu melahirkan aura tersendiri buat si pemakai.

“Saya suka haruman yang tidak terlalu keras dan lebih menggemari minyak wangi yang baunya ekslusif dan lazimnya memilih koleksi pertama sesuatu jenama itu. Pada saya koleksi pertama yang dikeluarkan sesuatu jenama itu lebih unggul dan berbeza baunya, ia juga lebih memikat dan menguatkan lagi penampilan individu.

“Begitu juga dengan haruman wanita bau yang klasik dan asli menarik perhatian saya. Bagaimanapun, saya kurang senang dengan bau yang kuat atau keras,” katanya ketika di hubungi, baru-baru ini.

Bagaimanapun, jika dia ingin menghadiahkan haruman buat insan istimewa, beberapa proses penilaian akan dijalankan terlebih dulu supaya haruman itu benar-benar bersesuaian dan tidak memberikan kesan yang kurang menyenangkan.

“Pada pendapat saya, haruman yang dikenakan seseorang wanita perlulah bersesuaian dengan dirinya kerana pilihan yang betul, kehadirannya mampu menarik perhatian ramai.

“Pilihan minyak wangi yang bersesuaian dengan empunya diri bukan saja mampu menghasilkan bau yang enak pada kulit, malah dapat meninggalkan memori terhadap persekitarannya.”

“Haruman wanita yang seksi dan elegan amat menarik deria si jejaka. Namun tidak semua wanita mampu mengenakannya haruman sedemikian memerlukan wanita personaliti menarik dan keyakinan tinggi.

Di samping lelaki, wanita juga mempunyai cita rasa tersendiri terhadap wangian yang di gunakan jejaka dan ia lazimnya memberikan persepsi tersendiri di kaca mata mereka.

Haruman berunsurkan citrus, baunya yang segar juga enak jika digabungkan dengan minyak wangi yang mengandungi campuran flora terutama untuk koleksi minyak wangi lelaki cuma ia sukar ditemui di pasaran.

Ini kerana minyak wangi yang disembur ke tubuh akan memberikan kesan pemakaian berbeza bila bercampur dengan peluh dan tindak balas itulah yang menjadikannya lebih menarik.

Dua beradik ini pula berkongsi cita rasa yang sama dalam soalan pemakaian minyak wangi oleh jejaka hati, namun dengan mereka memberikan pendapat yang berbeza tentang tanggapan perkara itu.

Kerani, Nur Sri Wahyuni Amri, 23, berpendapat haruman yang lembut adalah tarikan buatnya dan beliau kurang selesa dengan pemilihan haruman yang terlalu kuat hingga menusuk hidung dan sering menjadikannya kurang selesa.

“Bau yang lembut juga membuatkan diri ini terasa lebih tenang dan selesa berasa di sisi jejaka hatinya. Tidak dinafikan, sesetengah lelaki sukakan haruman yang semerbak, dari jauh lagi sudah boleh bau minyak wangi yang digunakan.

“Memanglah haruman sedemikian menarik perhatian gadis, namun jika baunya memeningkan kepala, tindakan itu juga boleh menyebabkan wanita cuba mengelak daripada jejaka itu dek tidak tahan mencium minyak wangi yang disembur itu.

Sementara itu, Perunding Kewangan, Noliya Amri, 20, turut berkongsi minat sama, menjelaskan minyak wangi yang melahirkan haruman lembut mencerminkan personaliti lelaki itu yang romantis.

“Lelaki yang memilih minyak wangi berciri-ciri bauan yang lembut menunjukkan dia adalah jejaka yang romantis dan memanjakan. Lantas itu menjadikan pilihan saya,” jelasnya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -
Google search engine

Most Popular

Recent Comments